Pages

Thursday 19 November 2009

Program Mengenalpasti Bakat

Artikel - Bakat & Pendidikan

Secara rasminya program mengenalpasti bakat bermula daripada hasil lawatan rasmi YB. Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Menteri Pendidikan ketika itu ke Sekolah Sukan Bukit Jalil pada 22 Ogos 1997, di mana telah membuat keputusan supaya Majlis Sukan Negara Malaysia dapat membantu dari segi kepakaran dalam melatih atlit-atlit muda di Sekolah Sukan Bukit Jalil.

Dalam hal ini, Majlis Sukan Negara telah bersetuju di atas cadangan tersebut pada 27 September 1997 dan ianya telah dilaksanakan melalui Program Mengenalpasti Bakat.

Sejajar dengan program yang telah dilaksanakan, Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan Siri 1 Bil. 1/2004 pada 8 November 2004 telah menegaskan bahawa Institut Sukan Negara perlu mengembangkan lagi sistem dan rangkaian kerja berkenaan TID untuk menyemarakkan proses pengenalpastian bakat-bakat baru serta pembangunan atlet berlandaskan kepada prinsip-prinsip serta amalan Sains Sukan yang sesuai untuk atlet tahap ini.

Ianya dikuatkan dengan arahan YB Dato’ Ismail Sabri Yaakub, Menteri Belia dan Sukan pada Pre-JKPS 7 Mei 2008 bertempat di Parlimen. Ianya menyentuh mengenai kerjasama antara KBS melalui ISN dengan KPM melalui JPJS (yang kini diberi nama Bahagian Sukan, Seni dan Ko-Kurikulum) dalam melaksanakan program mengenalpasti bakat di peringkat akar umbi. Ia merangkumi program-program seperti:-
-Tunas Gemilang
- Program Sukan Muda
(Athletes Foundation Programme)
- TID Am
- TID Spesifik

Visi
Untuk mengenalpasti bakat kanak – kanak di seluruh negara

Misi
Untuk mengenalpasti bakat kanak – kanak menggunakan bateri ujian tid am dan bateri ujian tid spesifik berdasarkan tiga kategori umur (7-9 tahun) & (10-12 tahun), (13-15 tahun) untuk dilatih di dalam program sukan teras dan pusat latihan pembangunan atlet

Objektif TID Am

Memperluaskan tapak penyertaan kanak-kanak dan remaja berumur 7-15 tahun di peringkat akar umbi untuk dikenalpasti melalui program-program seperti :-
TID am (awalan,pertengahan,akhir)
TID spesifik (29 jenis sukan)
Tunas Gemilang (589 ksk/dun/parlimen)
Multi Lateral (latihan pembangunan asas kemahiran sukan)
Melaksanakan penyelidikan sosial melalui unit SHARM (Sports Health and Activity Research in Malaysia)
Menggalak, menyelaras dan mengkoordinasi ujian mengenalpasti bakat yang dijalankan oleh psk, mssm /negeri/daerah, ms negeri dan ksk seluruh Malaysia.
Menjalankan kursus-kursus di peringkat negeri dan kebangsaan untuk jurulatih dan penguji dalam bidang pengukuran dan penilaian, menguji atlet muda serta protokol dan pengendalian ujian.
Menganalisis data peserta program dan menyediakan norma ujian untuk dijadikan rujukan di peringkat nasional

No comments:

Post a Comment