Pages

Monday 23 November 2009

MSN Juara Bolasepak Sukan Media-Majlis Sukan Negara

PASUKAN Majlis Sukan Negara (MSN) merangkul gelaran juara acara bola sepak Sukan Media-Majlis Sukan Negara (MSN) yang berlangsung di Padang Astrotuf di MSN, Bukit Jalil semalam.

MSN merampas gelaran tersebut daripada pasukan Pakatan yang terdiri daripada gabungan pemain-pemain Astro Awani, Malay Mail dan Sinar Harian yang muncul juara acara bola sepak lima sebelah tahun lalu.

Tempat kedua dimenangi TV3 dan akhbar The Star tempat ketiga.

Selain 12 organisasi media, dua pasukan khas iaitu MSN dan pasukan penaja juga turut mengambil bahagian.

Acara bola sepak adalah acara kemuncak karnival sukan tersebut selain ping pong dan boling.

Ia dianjurkan khusus untuk petugas media sukan seluruh negara termasuk warga MSN.

Bagi acara boling yang berlangsung kelmarin, juara menjadi milik The Star A diikuti tempat kedua MSN A dan tempat ketiga, Sinar Harian.

Manakala, akhbar China Press mendominasi acara ping pong apabila dua kumpulan daripada media terbabit mengungguli tempat pertama dan kedua sementara Berita Harian menduduki tempat ketiga.



PASUKAN Komso! dan Malay Mail bergambar kenangan sebelum memulakan perlawanan pada Kejohanan Bola Sepak 5 Sepasukan Media-MSN di Bukit Jalil semalam.

--------------------------------------------------------------------------------


Sementara itu, Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong berkata, sambutan penyertaan petugas media menyertai karnival ini cukup mengalakkan berbanding tahun lalu.

"Penyertaan semua pihak khususnya media sungguh baik dan matlamat untuk merapatkan hubungan silaturahim antara media dengan tenaga kerja MSN tercapai.

"Kali ini, kami menambah satu lagi acara sukan iaitu acara ping-pong bagi menarik penyertaan di kalangan media tempatan berbangsa Cina dan ternyata ia mendapat sambutan hangat," katanya.

Zolkples berkata, semangat kesukanan yang ditunjukkan petugas media sukan turut menyerlah kerana mampu mencari sendiri penaja untuk setiap acara yang disertai.

"Dengan matlamat itu, syarat penyertaan hanya terbuka kepada wartawan dan jurugambar sukan daripada organisasi media serta pegawai tinggi MSN yang berpangkat ketua unit sahaja," katanya semalam.

Pasukan-pasukan media yang beraksi pada karnival tahun ini terdiri daripada Astro Awani-ESPN, TV3, RTM, Kosmo!, Malay Mail, Harian Metro, Utusan Malaysia, New Straits Times, Sinar Harian, The Star, Bernama dan Berita Harian.

KOSMO 23/11/2009

Friday 20 November 2009

Objektif

Sejajar dengan perkembangan budaya sukan Bola Sepak di Malaysia, Kami sedang menjalankan usaha untuk melahirkan bakat-bakat muda dan seterusnya memberikan galakan dan pendedahan yang sepenuhnya

Thursday 19 November 2009

Program Mengenalpasti Bakat

Artikel - Bakat & Pendidikan

Secara rasminya program mengenalpasti bakat bermula daripada hasil lawatan rasmi YB. Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Menteri Pendidikan ketika itu ke Sekolah Sukan Bukit Jalil pada 22 Ogos 1997, di mana telah membuat keputusan supaya Majlis Sukan Negara Malaysia dapat membantu dari segi kepakaran dalam melatih atlit-atlit muda di Sekolah Sukan Bukit Jalil.

Dalam hal ini, Majlis Sukan Negara telah bersetuju di atas cadangan tersebut pada 27 September 1997 dan ianya telah dilaksanakan melalui Program Mengenalpasti Bakat.

Sejajar dengan program yang telah dilaksanakan, Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan Siri 1 Bil. 1/2004 pada 8 November 2004 telah menegaskan bahawa Institut Sukan Negara perlu mengembangkan lagi sistem dan rangkaian kerja berkenaan TID untuk menyemarakkan proses pengenalpastian bakat-bakat baru serta pembangunan atlet berlandaskan kepada prinsip-prinsip serta amalan Sains Sukan yang sesuai untuk atlet tahap ini.

Ianya dikuatkan dengan arahan YB Dato’ Ismail Sabri Yaakub, Menteri Belia dan Sukan pada Pre-JKPS 7 Mei 2008 bertempat di Parlimen. Ianya menyentuh mengenai kerjasama antara KBS melalui ISN dengan KPM melalui JPJS (yang kini diberi nama Bahagian Sukan, Seni dan Ko-Kurikulum) dalam melaksanakan program mengenalpasti bakat di peringkat akar umbi. Ia merangkumi program-program seperti:-
-Tunas Gemilang
- Program Sukan Muda
(Athletes Foundation Programme)
- TID Am
- TID Spesifik

Visi
Untuk mengenalpasti bakat kanak – kanak di seluruh negara

Misi
Untuk mengenalpasti bakat kanak – kanak menggunakan bateri ujian tid am dan bateri ujian tid spesifik berdasarkan tiga kategori umur (7-9 tahun) & (10-12 tahun), (13-15 tahun) untuk dilatih di dalam program sukan teras dan pusat latihan pembangunan atlet

Objektif TID Am

Memperluaskan tapak penyertaan kanak-kanak dan remaja berumur 7-15 tahun di peringkat akar umbi untuk dikenalpasti melalui program-program seperti :-
TID am (awalan,pertengahan,akhir)
TID spesifik (29 jenis sukan)
Tunas Gemilang (589 ksk/dun/parlimen)
Multi Lateral (latihan pembangunan asas kemahiran sukan)
Melaksanakan penyelidikan sosial melalui unit SHARM (Sports Health and Activity Research in Malaysia)
Menggalak, menyelaras dan mengkoordinasi ujian mengenalpasti bakat yang dijalankan oleh psk, mssm /negeri/daerah, ms negeri dan ksk seluruh Malaysia.
Menjalankan kursus-kursus di peringkat negeri dan kebangsaan untuk jurulatih dan penguji dalam bidang pengukuran dan penilaian, menguji atlet muda serta protokol dan pengendalian ujian.
Menganalisis data peserta program dan menyediakan norma ujian untuk dijadikan rujukan di peringkat nasional

Selamat tinggal Piala Asia 2011

SKUAD bola sepak kebangsaan sudah boleh melupakan hasrat untuk melangkah ke pusingan akhir Piala Asia 2011 selepas tewas 1-3 kepada Uzbekistan pada aksi kelayakan Kumpulan C di Stadium Nasional, Bukit Jalil petang semalam.

Perlawanan berlangsung di atas padang yang licin berikutan hujan lebat di ibu negara sejak tengah hari

Uzbekistan turun tanpa lima tonggak dalam kesebelasan utama mereka ketika menumbangkan Malaysia 3-1 di Tashkent Sabtu lalu dan juga penjaring dua gol, Alexander Geynrikh

Sementara Malaysia turun tanpa penyerang utama, Zaquan Adha Radzak yang digantung sekali gus memaksa K. Rajagobal menggandingkan Norshahrul Idlan Talaha dan Ahmad Fakri Saarani

Pada minit ke-11, Uzbekistan sudah menguji gawang Malaysia menerusi rembatan kaki kiri Jasur Hasanov namun berjaya ditepis keluar Farizal Marlias

Malaysia turut memperoleh tiga peluang terbaik masing-masing menerusi Ahmad Fakri pada minit ke-15, Baddrol Bakhtiar (19) dan sepakan percuma Safiq Rahim (21) tetapi gagal menepati sasaran

Uzbekistan akhirnya mendapat gol pertama pada minit ke-31 menerusi tandukan Anvar Gafurov hasil sepakan sudut Hasanov

Gol tersebut tidak menggugat semangat barisan muda negara apabila rembatan Safiq pada minit ke-37 tepat ke dakapan Temur Juraev dan sepakan percumanya pada masa kecederaan ditepis keluar penjaga gol Uzbekistan itu.



PEMAIN negara, Amri Yahyah (kiri) bersaing dengan kapten Uzbekistan, Kapadze Timur pada perlawanan kelayakan Piala Asia 2011 di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam

Selepas 10 minit separuh masa kedua berlangsung, Rajagobal memasukkan penyerang Harimau Muda, Ahmad Shakir Md. Ali untuk menggantikan Norshahrul bagi memecah kebuntuan

Namun sebaliknya berlaku apabila gawang Malaysia pula bolos buat kali kedua pada minit ke-57 menerusi Bakhodir Nasimov

Malaysia tidak mudah mengalah dan berjaya juga merapatkan kedudukan apabila Baddrol melepaskan rembatan leret hasil lorongan Safiq untuk menewaskan penjaga gol Uzbekistan, Juraev pada minit ke-70

Kelekaan pertahanan Malaysia bagaimanapun membenarkan Uzbekistan memperoleh gol ketiga dua minit selepas itu menerusi penyudah cantik ketua pasukan, Timur Kapadze untuk menjadikan kedudukan 3-1

Kosmo 19/11/2009
Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
wanfakhrul@kosmo.com.my

Wednesday 18 November 2009

Rajagopal Pasrah

PENYERANG yang berjaya merobek gawang Uzbekistan, Sabtu lalu, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak sudah pasti tidak diturunkan pada pertemuan kedua kelayakan Piala Asia 2011 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, petang ini.

Zaquan yang menyerlah pada perlawanan pertama di Stadium JAR, Tashkent, turut menerima kad kuning kedua dalam pertemuan itu dan kini menjalani penggantungan satu perlawanan.

Penyerang Negeri Sembilan itu akan ditemani di tempat duduk penonton oleh pemain pertahanan, Mohd Nasriq Baharom, yang senasib dengannya.

Kedudukan abang Zaquan, Mohd Aidil Zafuan pula masih menjadi tanda tanya apabila tonggak pertahanan itu dilaporkan cedera tapi ketua jurulatih, K Rajagobal mengesahkan ia tidak serius.

Pintu Malaysia untuk ke pusingan akhir Piala Asia 2011 seakan sudah tertutup apabila menduduki tangga terbawah Kumpulan C dan dengan ketiadaan Zaquan serta Nasriq, Uzbekistan mempunyai kelebihan ketara selepas menang 3-1 pada pertemuan pertama.

Kekuatan Uzbekistan diakui Rajagobal dan beliau pantas meminta peminat bola sepak Malaysia supaya tidak mengharapkan keajaiban daripada anak buahnya yang sebahagian besarnya masih terlalu mentah.

“Saya sering katakan bahawa ini adalah skuad muda. Kalau boleh, memang kami mahu menang, tetapi biarlah kita berpijak di bumi nyata. Apalah kekuatan kita jika dibandingkan dengan Uzbekistan.

“Mereka mempunyai ramai pemain beraksi di liga luar dan adakah pemain kita mendapat pendedahan serta pengalaman sebegitu? Buat masa ini, biarlah pemain muda kita ini dengan gaya mereka sendiri tanpa desakan untuk menang.

“Mereka semua mempunyai ruang untuk berjaya suatu hari nanti dan kita tidak boleh mengharapkan mereka memberikan keputusan positif dalam masa terdekat ini.

“Selepas tiga tahun, barulah saya berani untuk menyandarkan harapan kepada barisan ini.

“Agenda saya sekarang ialah untuk memberikan mereka pendedahan serta perlawanan kompetitif sebelum beraksi di Sukan Sea.

“Sebagai jurulatih, saya mahu melihat aspek positif dari segi kerjasama serta sejauh mana mereka mampu beraksi di bawah tekanan,” katanya.

Rajagobal bagaimanapun berkata, anak buahnya tidak akan bermain secara sambil lewa dan tetap bermati-matian di Stadium Nasional, Bukit Jalil, nanti.

HMetro 18/11/2009
Oleh Lokman Zainal Abidin
lockman@nstp.com.my

Skuad Negara Tempang

AMRI YAHYA (kiri) diasak pemain Uzbekistan pada aksi di Tashkent, Sabtu lalu. Uzbekistan menang 3-1.

SKUAD bola sepak negara turun tanpa khidmat tiga tonggak apabila turun menen- tang Uzbekistan pada aksi kelayakan Piala Asia 2011 di Stadium Nasional, Bukit Jalil petang ini.

Pemain pertahanan, Aidil Zafuan Radzak mengalami kecederaan paha ketika mereka tewas 1-3 kepada Uzbekistan di Tashkent, Sabtu lalu manakala kembarnya, Zaquan Adha dan Nasriq Baharom bakal menjalani penggantungan satu perlawanan.

Nasriq menerima kad merah ketika pertemuan Sabtu lalu manakala Zaquan menerima kad kuning kedua aksi pertama di Taskhkent itu.

Zaquan menerima kad kuning pertama ketika Malaysia tewas 0-5 kepada Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada 21 Januari lalu.

Jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal bagaimanapun tetap yakin pasukannya tidak akan terjejas dengan ketiadaan tiga pemain tersebut malah memandang positif perte- muan menentang pasukan yang menduduki ranking ke-80 dunia itu.

"Tentang kecederaan Aidil, kita akan lihat bagaimana keadaannya pada sesi lati- han petang ini (semalam). Jika dia tidak boleh beraksi, kemungkinan besar saya akan meletakkan Muslim Ahmad untuk ber- gandingan dengan Norhafiz Zamani Misbah pada posisi pertahanan tengah.

"Saya rasa inilah masa terbaik buat Muslim mendapat pendedahan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat pengurus pasukan di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Ketiadaan Nasriq memaksa Sabre Mat Abu yang beraksi di posisi pertahanan kiri Sabtu lalu kembali ke posisi asalnya di sebelah kanan manakala Azmi Muslim mengisi semula posisi di sebelah kiri itu.

Tempat Zaquan yang menjaringkan gol tunggal skuad kebangsaan pada aksi Sabtu lalu pula bakal diisi sama ada Norshahrul Idlan Talaha atau pun Razali Umar Kanda- samy sambil dibantu oleh kapten Selangor, Amri Yahyah untuk menggegar gawang Uzbekistan.

"Uzbekistan sebuah pasukan yang hebat. Tetapi kita kena pandang secara posi- tif. Kita akan main dengan cara kita dan menggunakan kelebihan cuaca di negara kita setelah beraksi dalam cuaca sejuk (7 darjah Celsius) ketika di Tashkent, Sabtu lalu.

"Kita akan menggunakan peluang ini untuk mencari pengalaman dan saya mahu semua pemain beraksi bersungguh-sungguh dan cuba untuk mencipta peluang bagi mendapatkan keputusan yang baik," jelas Rajagobal.

Malaysia perlu sekurang-kurangnya mencatat keputusan seri untuk kekal dalam per- saingan, sekali gus layak ke pusingan akhir Piala Asia 2011 di Qatar.

Seandainya tewas, Uzbekistan akan diiringi oleh UAE sebagai dua pasukan teratas dari Kumpulan C.

Sementara itu, pengurus pasukan Uzbekis- tan, Vadim Abramov pada sidang media se- malam memberitahu, penjaring dua gol mereka Sabtu lalu, Alexander Geynrikh tidak dapat turun beraksi petang ini akibat masalah kesihatan.

KOSMO 18/11/2009
Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
wanfakhrul@kosmo.com.my

Monday 16 November 2009

Premier Football Academy vs Anak2 Tentera Kem Sg Besi on 8 Nov 09 Keputusan Seri 2 - 2


Pemakanan Berasakan Diet Seimbang

Corak pemakanan juga dapat membantu kita menghindarkan diri daripada stres. Disamping untuk mendapatkan kesihatan yang baik dan memastikan agar tahap mental dan badan kita sentiasa sihat, amalkan diet atau pemakanan yang seimbang dan berkesan

Sumber makanan boleh di dapati daripada enam kumpulan iaitu vitamin, tenaga, karbohidrat, protein, lemak dan zat besi. Kumpulan makanan ini dikenali sebagai piramid makanan seperti roti dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran, daging, barangan hasil tenusu, lemak dan gula-gula

KENAPA KITA PERLU MENGAMBIL DIET SEIMBANG

Makanan yang mengandungi diet seimbang membekalkan nutrien dan tenaga yang diperlukan badan bagi membantu mengatasi stres

Tiada satu kumpulan makanan yang boleh memberi semua zat yang diperlukan. Untuk memastikan badan kita mendapat semua zat, kita perlu mempelbagaikan pemilihan makanan dalam setiap kumpulan makanan seperti piramid makanan

PIRAMID MAKANAN

Lemak, Minyak dan Gula

Mengandungi kolestrol yang hanya perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit sahaja

Makanan memberi tenaga (karbohidrat dan lemak)

Susu, Hasil tenusu, Telur, Ikan, Daging dan Kekacang

Mengandungi protein dan ia perlu di ambil dalam kuanatiti yang sederhana

Makanan membina badan (protein)

Buah-buahan dan Sayur-sayuran

Buah-buahan dan sayuran mengandungi vitamin yang diperlukan oleh tubuh dan perlu di ambil dalam kuantiti yang banyak

Makanan mencegah penyakit (vitamin dan mineral)

Bijiran, Nasi, Roti, Mee dan Ubi

Nilai karbohidrat amat penting kepada tubuh. Oleh itu, pengambilan jenis makanan ini perlu di ambil dalam kuantiti yang banyak

LANGKAH PENJAGAAN DIET

Bagi mengelakkan berat badan berlebihan, kurangkan pengambilan tenaga dan lemak yang banyak.

Tingkatkan penggunaan karbohidrat kompleks dan gula semulajadi dari 28% kepada 48%.

Kurangkan pengambilan gula yang diproses daripada 45% kepada 10% daripada keseluruhan jumlah tenaga.

Jumlah lemak tidak melebihi jumlah tenaga. Lemak ‘polyunsaturated’ tidak lebih 10% dan lemak ‘monounsaturated’ pada kadar 10% - 15%

Kurangkan pengambilan kolesterol tidak lebih dari 30mg. sehari

LANGKAH PENJAGAAN DIET SEIMBANG UNTUK MENGURANGKAN STRES DAN KEHIDUPAN SIHAT

Berhati-hati dengan tabiat diet atau pemakanan

Makanan utama harus di ambil pada waktu pagi. Kita mesti memastikan yang kita mengambil 3 hidangan dalam sehari

Kekalkan diet seimbang berdasarkan 6 kumpulan makanan

6 kumpulan makanan tersebut ialah roti dan bijirin, buah-buahan dan sayuran, kurangkan pengambilan daging, barangan hasil tenusu, lemak dan gula-gula

Kurangkan kafein

Pengambilan kafein secara berterusan boleh menyebabkan stres. Oleh itu, kurangkan pengambilan kafein, banyakkan minum air mineral atau air yang telah dimasak

Kurangkan pengambilan garam

Pengambilan garam berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Kita perlu mengurangkan sebarang makanan yang mengandungi sebarang makanan yang mengandungi garam yang banyak seperti makanan segera

Kurangkan gula

Gula yang terlalu banyak akan meningkatkan kadar gula dalam darah yang boleh menyebabkan kencing manis dan kegemukan

Berhenti merokok

Nikotin yang terdapat dalam tembakau meninggalkan kesan ketagihan. Bagi mengurangkan ketagihan, sokongan rakan diperlukan, di samping menjadikan aktiviti senaman sebagai amalan dan bertekad untuk berhenti merokok

Berhenti dari pengambilan alkohol

Kurangkan pengambilan alkohol dan minuman beralkohol secara beransur-ansur agar dapat mengekalkan kesimbangan badan dan menghindarkan stres

Keperluan vitamin dan mineral dalam diet pemakanan seimbang

Pengambilan vitamin dan mineral seperti buah-buahan dan sayur-sayuran dapat meningkatkan ketahanan terhadap stres

Penggunaan barang makanan semulajadi Yogurt

Yogurt mengandungi ‘Lactobacillus acidhophitis’ yang tidak merbahaya dan dapat menghalang pembesaran bakteria ‘pathogens’ di samping menggalakkan sistem keimunan, menambahkan vitamin dan meningkatkan ketahanan terhadap stres

Kekalkan berat badan melalui kawalan teratur

Kekalkan berat badan yang seimbang dengan melakukan aktiviti senaman sebanyak 3 kali seminggu selama 20 minit

Lupakan Nasi Lemak Dan Roti Canai

HANYA pemain bola sepak itu sendiri yang dapat mengubah cara pemakanan mereka bagi membentuk tubuh badan bertenaga dan fizikal yang cergas

Itu yang dinyatakan Perunding Pusat Pemakanan Sukan, Institut Sukan Negara (ISN), Dr. Zsuzsanna Fajcsak yang mahu minda pemain bola sepak di negara ini tentang kaedah pemakanan yang betul diubah sepenuhnya

"Tanggapan minda seorang juara adalah dia memikirkan tentang pemakanan. Anda sendiri yang kena tentukan apa makanan yang perlu dimakan

"Jika dulu anda boleh makan apa saja ikut persekitaran tapi sekarang anda atlet, pemain bola, jadi kena tentukan sendiri. Makan untuk hidup, bukannya hidup untuk makan," katanya

Zsuzsanna yang berasal dari Hungary berkata demikian ketika mengadakan sesi pendidikan tentang pemakanan sukan kepada pemain-pemain bola sepak bawah 15 tahun (B-15), B-16 dan B-17 kebangsaan di ISN, Bukit Jalil petang semalam

Menurut Zsuzsanna, makanan-makanan bergula dan berlemak memang sedap tetapi keenakannya hanya bersifat sementara kerana ia bukan merupakan sumber tenaga yang baik buat seseorang atlet

"Lupakan nasi lemak, roti canai, goreng pisang, kari, keropok dan minuman berkarbonat. Belajar untuk mengawal pemakanan anda."Apa yang diperlukan atlet adalah karbohidrat untuk sumber tenaga utama, protein untuk membina otot dan fungsi badan serta lemak untuk penyimpanan tenaga," ujarnya

Menurut Zsuzsanna, tenaga yang diperlukan bagi seseorang individu itu dikira dalam unit kilokalori (kcal) dan ia berbeza mengikut aktiviti yang dilakukan

"Orang dewasa yang tidak aktif perlukan 2,000 hingga 3,000 kcal sehari, orang dewasa aktif bersukan antara 2,500 hingga 3,500 kcal manakala seseorang atlet antara 2,000 hingga 6,000 kcal bergantung kepada jenis sukan

"Makanan mengandungi karbohidrat adalah sayur, buah, nasi, roti, pasta dan bijirin, protein pula terdiri daripada daging, ayam, ikan, makanan laut, telur dan susu manakala lemak merangkumi keju, mentega, krim, minyak masak, kacang dan mayonis," katanya

KOSMO – 24 Februari 2009
Institut Sukan Negara

Sunday 15 November 2009

Program Pembangunan Bolasepak Di Malaysia

Premier Football Academy (PFA) merupakan organisasi yang diwujudkan oleh masyarakat yang ingin terlibat secara langsung untuk memainkan peranan penting di dalam PROGRAM PEMBANGUNAN BAKAT DI PERINGKAT AKAR UMBI.
Pentakrifan kumpulan sasaran umur dan istilah pembangunan bakat di atas nama ‘PEMBANGUNAN’ telah diterjemahkan dan sedang dilaksanakan secara agresif. Pergerakan organisasi ini tentunya dapat menyokong usaha semua pihak khususnya badan-badan berwajib di dalam merealisasikan impian untuk melihat Jalur Gemilang di pusingan Akhir Piala Dunia di masa akan datang

Develop 1st TouchBasic Skills - with both feetImprove Vision of PlayIncrease Fitness Levels "Concentrate, Focus, Develop""Believe" in yourself