Pages

Monday 16 November 2009

Pemakanan Berasakan Diet Seimbang

Corak pemakanan juga dapat membantu kita menghindarkan diri daripada stres. Disamping untuk mendapatkan kesihatan yang baik dan memastikan agar tahap mental dan badan kita sentiasa sihat, amalkan diet atau pemakanan yang seimbang dan berkesan

Sumber makanan boleh di dapati daripada enam kumpulan iaitu vitamin, tenaga, karbohidrat, protein, lemak dan zat besi. Kumpulan makanan ini dikenali sebagai piramid makanan seperti roti dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran, daging, barangan hasil tenusu, lemak dan gula-gula

KENAPA KITA PERLU MENGAMBIL DIET SEIMBANG

Makanan yang mengandungi diet seimbang membekalkan nutrien dan tenaga yang diperlukan badan bagi membantu mengatasi stres

Tiada satu kumpulan makanan yang boleh memberi semua zat yang diperlukan. Untuk memastikan badan kita mendapat semua zat, kita perlu mempelbagaikan pemilihan makanan dalam setiap kumpulan makanan seperti piramid makanan

PIRAMID MAKANAN

Lemak, Minyak dan Gula

Mengandungi kolestrol yang hanya perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit sahaja

Makanan memberi tenaga (karbohidrat dan lemak)

Susu, Hasil tenusu, Telur, Ikan, Daging dan Kekacang

Mengandungi protein dan ia perlu di ambil dalam kuanatiti yang sederhana

Makanan membina badan (protein)

Buah-buahan dan Sayur-sayuran

Buah-buahan dan sayuran mengandungi vitamin yang diperlukan oleh tubuh dan perlu di ambil dalam kuantiti yang banyak

Makanan mencegah penyakit (vitamin dan mineral)

Bijiran, Nasi, Roti, Mee dan Ubi

Nilai karbohidrat amat penting kepada tubuh. Oleh itu, pengambilan jenis makanan ini perlu di ambil dalam kuantiti yang banyak

LANGKAH PENJAGAAN DIET

Bagi mengelakkan berat badan berlebihan, kurangkan pengambilan tenaga dan lemak yang banyak.

Tingkatkan penggunaan karbohidrat kompleks dan gula semulajadi dari 28% kepada 48%.

Kurangkan pengambilan gula yang diproses daripada 45% kepada 10% daripada keseluruhan jumlah tenaga.

Jumlah lemak tidak melebihi jumlah tenaga. Lemak ‘polyunsaturated’ tidak lebih 10% dan lemak ‘monounsaturated’ pada kadar 10% - 15%

Kurangkan pengambilan kolesterol tidak lebih dari 30mg. sehari

LANGKAH PENJAGAAN DIET SEIMBANG UNTUK MENGURANGKAN STRES DAN KEHIDUPAN SIHAT

Berhati-hati dengan tabiat diet atau pemakanan

Makanan utama harus di ambil pada waktu pagi. Kita mesti memastikan yang kita mengambil 3 hidangan dalam sehari

Kekalkan diet seimbang berdasarkan 6 kumpulan makanan

6 kumpulan makanan tersebut ialah roti dan bijirin, buah-buahan dan sayuran, kurangkan pengambilan daging, barangan hasil tenusu, lemak dan gula-gula

Kurangkan kafein

Pengambilan kafein secara berterusan boleh menyebabkan stres. Oleh itu, kurangkan pengambilan kafein, banyakkan minum air mineral atau air yang telah dimasak

Kurangkan pengambilan garam

Pengambilan garam berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Kita perlu mengurangkan sebarang makanan yang mengandungi sebarang makanan yang mengandungi garam yang banyak seperti makanan segera

Kurangkan gula

Gula yang terlalu banyak akan meningkatkan kadar gula dalam darah yang boleh menyebabkan kencing manis dan kegemukan

Berhenti merokok

Nikotin yang terdapat dalam tembakau meninggalkan kesan ketagihan. Bagi mengurangkan ketagihan, sokongan rakan diperlukan, di samping menjadikan aktiviti senaman sebagai amalan dan bertekad untuk berhenti merokok

Berhenti dari pengambilan alkohol

Kurangkan pengambilan alkohol dan minuman beralkohol secara beransur-ansur agar dapat mengekalkan kesimbangan badan dan menghindarkan stres

Keperluan vitamin dan mineral dalam diet pemakanan seimbang

Pengambilan vitamin dan mineral seperti buah-buahan dan sayur-sayuran dapat meningkatkan ketahanan terhadap stres

Penggunaan barang makanan semulajadi Yogurt

Yogurt mengandungi ‘Lactobacillus acidhophitis’ yang tidak merbahaya dan dapat menghalang pembesaran bakteria ‘pathogens’ di samping menggalakkan sistem keimunan, menambahkan vitamin dan meningkatkan ketahanan terhadap stres

Kekalkan berat badan melalui kawalan teratur

Kekalkan berat badan yang seimbang dengan melakukan aktiviti senaman sebanyak 3 kali seminggu selama 20 minit

No comments:

Post a Comment