Pages

Monday 16 November 2009

Lupakan Nasi Lemak Dan Roti Canai

HANYA pemain bola sepak itu sendiri yang dapat mengubah cara pemakanan mereka bagi membentuk tubuh badan bertenaga dan fizikal yang cergas

Itu yang dinyatakan Perunding Pusat Pemakanan Sukan, Institut Sukan Negara (ISN), Dr. Zsuzsanna Fajcsak yang mahu minda pemain bola sepak di negara ini tentang kaedah pemakanan yang betul diubah sepenuhnya

"Tanggapan minda seorang juara adalah dia memikirkan tentang pemakanan. Anda sendiri yang kena tentukan apa makanan yang perlu dimakan

"Jika dulu anda boleh makan apa saja ikut persekitaran tapi sekarang anda atlet, pemain bola, jadi kena tentukan sendiri. Makan untuk hidup, bukannya hidup untuk makan," katanya

Zsuzsanna yang berasal dari Hungary berkata demikian ketika mengadakan sesi pendidikan tentang pemakanan sukan kepada pemain-pemain bola sepak bawah 15 tahun (B-15), B-16 dan B-17 kebangsaan di ISN, Bukit Jalil petang semalam

Menurut Zsuzsanna, makanan-makanan bergula dan berlemak memang sedap tetapi keenakannya hanya bersifat sementara kerana ia bukan merupakan sumber tenaga yang baik buat seseorang atlet

"Lupakan nasi lemak, roti canai, goreng pisang, kari, keropok dan minuman berkarbonat. Belajar untuk mengawal pemakanan anda."Apa yang diperlukan atlet adalah karbohidrat untuk sumber tenaga utama, protein untuk membina otot dan fungsi badan serta lemak untuk penyimpanan tenaga," ujarnya

Menurut Zsuzsanna, tenaga yang diperlukan bagi seseorang individu itu dikira dalam unit kilokalori (kcal) dan ia berbeza mengikut aktiviti yang dilakukan

"Orang dewasa yang tidak aktif perlukan 2,000 hingga 3,000 kcal sehari, orang dewasa aktif bersukan antara 2,500 hingga 3,500 kcal manakala seseorang atlet antara 2,000 hingga 6,000 kcal bergantung kepada jenis sukan

"Makanan mengandungi karbohidrat adalah sayur, buah, nasi, roti, pasta dan bijirin, protein pula terdiri daripada daging, ayam, ikan, makanan laut, telur dan susu manakala lemak merangkumi keju, mentega, krim, minyak masak, kacang dan mayonis," katanya

KOSMO – 24 Februari 2009
Institut Sukan Negara

No comments:

Post a Comment