Pages

Friday 22 January 2010

Program Pembangunan Bolasepak, Premier Football Academy

Program Pembangunan Bolasepak, Premier Football Academy dikelolakan oleh Football Community Ent 1744625 U (FCE)

Selain daripada minat, ia ditubuhkan bagi bertujuan melahirkan dan memberikan pendedahan kepada bakat-bakat pemain muda dari peringkat akar umbi seawal 5 tahun sehingga 16 tahun

FCE telah berdaftar dengan SSM pada tahun 2008 bermula dengan pusat latihan di Desa Pandan. Ia berkembang dan kini memiliki 4 pusat latihan iaitu Desa Pandan, Selayang, Melawati dan Petaling Jaya dan kini mempunyai seramai 150 pelajar yang berdaftar

FCE diusahakan oleh tiga (3) anak muda yang meminati di dalam bidang sukan bolasepak iaitu, Sdr Muhadi, Sdr Sharizal dan Sdr Mohd Nazri dan terdiri dari jurulatih yang berkelayakan

Pada tahun 2010, Premier telah berdaftar dan mengesahkan penyertaan di Kejohanan ‘National Open Junior Community Footbal League 2010 – Piala Sultan Ahmad Shah U12 untuk memberi pendedahan kepada pemain-pemain muda Premier yang akan bermula pada Febuari ini.

Premier sedang giat menjalankan pemilihan dan latihan intensif bagi pemain-pemain di bawah 12 tahun di Kompleks Sukan Astaka. Malaysia SME adalah Co-Sponsor untuk Premier di dalam kejohanan ini yang akan berlangsung selama 6 bulan yang bersiaran di ASTRO Channel 811

Premier juga sedang giat menjalankan pendaftaran bagi pelajar-pelajar baru di Padang Bolasepak, Jalan Utara, Kompleks Sukan Astaka, Petaling Jaya. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Mohd Nazri 012-3798773 atau lawati laman http://mypremierfa.blogspot.com

1 comment: